Khamis, Ogos 05, 2010

Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar

Walaupun jauh dari suasana sibuk dan hingar bingar kenderaan namun kawasan Perkampungan Orang Asli Segamat Kecil (Projek Tuang Kajang) sering menjadi tumpuan pihak luar. Keunikan alam semula jadi dan suasana nyaman adalah tarikan utama disamping sikap ramah dan tamah penduduk.

Pada 5/8/2010 dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah diadakan satu majlis Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar.
Program bermula pada 2.15 petang dengan pengisian gotong-royong, Ceramah Kesihatan serta Rawatan serta Daftrar Pemilih. Manakala pada sebelah malam mula jam 8.00 mlm para hadiri telah dijamu dengan masakan kampung dengan ulam-ulam pokok kayu hutan. Bila sudah makan rasa sungguh berselera sekali dan hendak tambah lagi. Tetapi apakan daya perut dah terlampau kenyang dan sudah tidak boleh diisi lagi. Selepas makan malam majlis perasmian telah disempurnakan oleh En Zulkifli bin Mohamad Ketua Unit Pembangunan Insan wakil rasmi Pengarah JHEOA Negeri Johor dan seterusnya program diikuti ceramah yang bertajuk ' Bicara Ilmu'. Sambutan daripada penduduk kampung amat membanggakan.

Konvensyen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta kemahiran ibubapa dan memantapkan institusi keluarga bagi masyarakat luar bandar sebagai perancang modal insan, fasilitator pembelajaran anak-anak serta wadah utama dalam mencegah gejala sosial.


Kepada mereka yang pernah bersama masyarakat kampung orang asli ini pasti akan mengingati kenangan manis seumpama ini. Program seperti ini perlu diteruskan bagi mengeratkan lagi hubungan pihak luar dengan masyarakat orang asli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan