Isnin, Ogos 09, 2010

Solat Tarawikh

Waktu malam suasana masjid dan surau didalam bulan Ramadhan amat menggalakan. Terasa sungguh meriah dilihat orang ramai berduyun-duyun melangkah ke destinasi. Semata-mata untuk menunaikan solat Tarawikh berjemaah. Anak-anak kecil berlari-lari berteriakan dan ada yang dipimpin oleh ibubapa mereka untuk ke surau atau masjid. Secara tidak langsung ibubapa dapat mendidik anak-anak menunaikan solat dan mengenali masjid.
Sempena bulan baik ini marilah kita mengorak langkah menuju kearah kecemerlangan dengan memakmurkan masjid dan surau untuk melaksanakan solat fardhu, solat tarawikh dan bertadarus bersama-sama. Insyaallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan